Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Saturday, September 07, 2013

Update September

Hi guys,

update jap..lama menghilang sejak raya aritu..ermm bukan apa, aku sibuk menjadi salah satu warga PPSL menyambut kehadiran junior-junior baru ke USM. Tahniah adik-adik yang berjaya menjejakkan kaki ke Universiti APEX USM!!!!

 Seminggu selepas raya aku balik awal ke USM, banyak pengalaman aku perolehi. Kem training yang disediakan untuk kami benar-benar mempersiapkan diri kami menghadapi cabaran yang bakal menyusul.

Junior semua the best!! sporting giler2!! Hasilnya Desasiswa kami RESTU memenangi anugerah PPSL terbaik dan slogan terbaik. Sepanjang Program Pembimbing Siswa Lestari ini banyak yang aku perolehi e.g cara berkomunikasi berkesan, penyelesaian masalah, semangat bekerjasama dalam kumpulan dan lain-lain lagi. Berhadapan dengan manusia memang banyak cabarannya, pantas sahaja akan ada masalah-masalah yang dihadapi namun kami tetap tabah dan sabar menghadapi semuanya.

Sebaik sahaja selesai PPSL, kami and the geng PPSL pergi merilekskan diri. Semalam p main bowling and tengok wayang and makan kat kedai mamak Abu kat penang ni.

BTW, kami p tengok crita "RIDDICK", suggestion tuk korang yang pegi tengok..aku cadangkan korang batalkan sahaja niat tu. Cerita dia membosankan dan mengelirukan..ntah apa2 jak.. bila keluar panggung tu, aku terdengarlah keluhan-keluhan orang lain yang mengatakan mereka tertidur masa dalam panggung tu sama macam kami juga..huhuhuhuhu